"Akak nak sangat kamu cerita kat orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran," Gulp. Saya semakin cepat menelan air liur sendiri. Saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan ini, maka saya pun biarkan dia bercerita.
Rupanya dia ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan suami isteri juga sangat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran. Kehidupan beliau bertukar 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya ditemui di dalam bilik dengan tubuh bertali bertali yang diikat di leher menggunakan telekung.Anak yang sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berusia 15 tahun itu. Suami dia seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak 'laju' dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas khusus untuk terus belajar.
Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah dapat membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran sangat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.
Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.
Dia tidak fikir panjang, terus pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Apabila dia menggantung diri ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, bilik pintu tidak dapat dibuka dan akhirnya dibubarkan. Waktu boleh masuk ke ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru saja menyebbuskan nafas yang terakhir.
Kenapa gantung diri?
Saya tidak puas hati, terus saya tanya "kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri ?? "Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu menyambung perbualan.
Kisahnya, pada malam sebelum dia ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?
Ayahnya jawab, "kau bukan anak aku lagi," aku terus terdiam. Kali ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya juga sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.
Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup. Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang satu ini kaki meleset. Percubaan dia hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tidak pernah berhenti.
Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata "aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga, pergi belajar!" Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata "kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka? "Dan macam-macam lagi yang diceritakan oleh Puan ini.
Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.
Saat anaknya ingin diurus pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan memayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh bengang.
Selepas itu urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali setelah hampir dua bulan.
Akhirnya, si suami pulang ...
Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya dahulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala bumandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpi anaknya memayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang selalu datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berhasil menyelamatkan anaknya itu.
Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut tidur. Kini, dia sedar dia tidak boleh membantu anaknya itu. Tetapi dia boleh membantu sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil kesempatan keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.
Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tapi tegasnya ada batas. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebihan. Saya menggangguk.
Minta dijadikan pengajaran ...
Sebelum kami berdua berpisah, dia mengatakan bahawa dia ini datang dari jauh hanya ingin berjumpa dengan saya dan saya ingin memastikan saya akan menulis cerita ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang. Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, tidak lagi kita dapat hadapi atau tidak.
Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ia tidak berapa baik untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan hidupnya dengan cara yang sebegitu.
Sungguh, dunia hari ini senang saja mencipta awal, kemudian diri sendiri menciptakan juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, dia menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu dia tidak kecapi sehingga dia putus nyawa. Tinggallah kita yang masih hidup ini boleh mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik saja buat kalian.
Buat Puan, suami Puan dan anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah akan berakhir di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik. Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah

Ulasan
Catat Ulasan