π•‚π• π•π•–π•œπ•€π•š 30 𝕂𝕒π•₯𝕒-𝕂𝕒π•₯𝕒 π•Šπ•–π•žπ•’π•Ÿπ•˜π•’π•₯ π•Œπ•Ÿπ•₯π•¦π•œ π”Ήπ•’π•Ÿπ•˜π•œπ•šπ•₯π•œπ•’π•Ÿ 𝕄𝕠π•₯π•šπ•§π•’π•€π•š π”Έπ•Ÿπ••π•’

                   blog.HafizanOfficial.

1. Untuk Berjaya, Hanya 2 Perkara Yang Perlu Anda buat. Berhenti bercakap dan mulakan sesuatu

2. Orang yang gagal akan nampak kesusahan pada setiap peluang, manakala orang yang optimis akan nampak peluang dalam setiap kesusahan

3. Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menghantui hidup anda hari ini

4. Anda belajar lebih banyak dengan kegagalam berbanding terus berjaya. Jangan biarkan kegagalan buat anda mengalah. Kegagalan membentuk jati diri anda

5. Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula

6. Sekiranya anda bekerja untuk sesuatu yang anda betul-betul mahukan, ia tak akan buatkan anda tertekan.

7. Siapa yang betul-betul gila kerana berfikir dia boleh mengubah dunia, dialah orang yang akan mengubahnya.

8. Kegagalan tidak akan menjatuhkan anda sekiranya anda betul-betul nekad untuk berjaya

9. Manusia tidak di cipta oleh keadaan. Sebaliknya manusia yang mencipta keadaan.

10. Masa akan terus berlalu, apa yang penting ialah apa yang anda lakukan dengan masa yang ada
11. Masa lalu tidak dapat di ubah. Masa depan di cipta pada hari ini.

12. Masa lebih berharga daripada wang. Anda boleh mencari lebih banyak wang tetapi anda tidak dapat mencari lebih banyak masa.

13. Matlamat ialah impian yang mempunyai tarikh untuk dicapai.

14. Matlamat jangka panjang akan membuatkan anda terus bertindak apabila berhadapan dengan kegagalan sementara.

15. Matlamat merupakan perkara yang anda sendiri pilih untuk diri anda.

16. Meja makan merupakan tempat utama untuk berkongsi idea. Berhati-hati dengan siapa yang anda makan.

17. Memandang rendah terhadap diri anda sendiri tidak membawa anda ke mana-mana.

18. Memiki banyak matlamat dalam satu-satu masa tidak membawa anda ke mana-mana.

19. Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.

20. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket kita itu.


21. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.

22. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.

23. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.

24. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir fasal apa orang cakap. Kita bukan berniaga untuk orang itu. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.

25. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa tiga tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.

26. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar didekati. Orang yang berasa ‘senang’ dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.

27. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.

28. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.

29. Terimalah hakikat bahawa setiap pilihan yang kita pilih akan datang bersama pakej penat lelah. Tenang sahaja hadapi semuanya.

30. Tuhan tidak berjanji siapa berniaga akan Kaya Raya. Tetapi Tuhan berkata, siapa yang bertawakkal kepadaNya pasti dicukupkan keperluannya.

Ulasan